BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

followers

Saturday, April 30, 2011

makcik jual karipap

aku memang jarang keluar bersama family
jadi untuk mengelakkan aku dari lupa akan istilah "family",
adik-adik aku ajak pi jalan

mungkin fikir mereka begini
"abang hans0 banyak duet, dapat kikis beliau, bez ni"

damn, duit aku bergantung kat plkn punya mani money je

aku pun pergi
sampai-sampai sana aku jumpa tin besar
aku google sardin, awek-awek bikini yang keluar



banyak gila sardin
kat pwtc tu,
suruh acik indon kantin masak cili api, sedap ni
ni dia sardin-sardin
hari ni paling pack
semua off
ayah-mak orang, pelajar sekolah, tukang kebun UIAM
makcik jual karipap
semua pakat datang sini
meh cari tekung kebun itu

jadi geng anak bahari ni pi cari port yang tak ramai orang
bukan tandas maksiat yer
kami pi usha majalah kegemaran aku masa kecik-kecik

brotherjon GILA-GILA sedang khusyuk melukis wajah makcik jual karipap
sedang kami berjalan,
terdengar announcement

"perhatian kepada aminah(bukan nama sebenar),
dari smk batang kali sila ke kaunter information"

aku dah agak mesti ini akan berlaku
ini hal serius,
aminah tu mungkin center terbaik basketball smk batang kali,
dia masih diperlukan
jadi aku dan adik-adik lagak macam geng bas sekolah
mulakan investigation

kami pun jumpa
*klik untuk lebih jelas*
aminah dan markonah
lihat tu, sempat lagi layan just stong bibir
siap sembang-sembang pasal body beliau
tahulah beliau takde bulu dada
pengaruh, pengaruh, pengaruh

aku dah tahu lama mamat ni, dari skool rendah ada cerita pasal dia
betul, aku tak tipu
cikgu english aku cerita ni
tak caye, watch this video
video
perasan tak makcik jual karipap dalam video?

then pergilah layan sepam dua buku-buku kat gempak starz
dan belanja adik-adik aku
oh yea, dan aku ada jumpa cacana dan adik wher
adik-adik aku macam tangkap gambar kelas, formal
abang hans0 baik, dia belanja saya

aku balik-balik, terus pening
nak nyanyi lagu avril lavigne depan komputer pun tak larat
apatah lagi nak baca metro, tebal wo



esok sapa nak pergi, kalau jumpa makcik jual karipap, kirim salam yea

aku yakin esok geng perompak semalaysia giat berpeluh di sana
hati-hatilah kamu semua









-agak-agak adik aku mencarut x bila diaorang penat macam aku?-
aku awek hans0









Tuesday, April 26, 2011

falsampah sekitar interbiu untuk ditenungkan

 bukanlah Melayu jika awal di dunia

aku rasa dah langgar konsep tersebut tadi
pergi datang awal-awal,
bajet punctual lah,

ikut resam datuk-datuk bila nak jadi perasmi lebih bagus,
jadilah yang paling lewat, nescaya beribu tapak tangan menepuk

menyesal jugalah, anggerik mall tu bukan ada apa
last2 tercegat macam pakcik guard jaga bank yang penakut tu
daripada dengar lu kutuk-kutuk gua, baik gua curi tulang
orang gila yang kacau orang lebih baik
daripada orang tak gila yang suka kacau orang

nampak kan betapa aku tak gila
aku malas nak cakap banyak, nak kacau orang
mata dah stock gary sisiput sepambob
melilau ushar awek2 sbp
tapi aku tahu mereka semua ada k-pop di hati
mesti tak cukup gay muka aku ni

 jangan gelar diri kau remaja kalau tak sangap baca sms

 perghh baca dalam tandas
 buat tubuh badan-badan meronta macam lembu mengawan
 keluar tandas terus muka berseri-seri, kalah alex ferguson
gua rindulah nak tidur sekatil dengan u, ronaldo

mesej pagi tadi aku dapat dari si pemberi semangat
" gambeteh baka hanz=)"

takpe, nanti kita belajar cakap jepun lagi ye


untunglah muka nak dekat-dekat jambu

ada awek usik-usik aku
sembang dengan aku lama gila tadi
untuk pengetahuan umur dia 40 lebih
rancak kami sembang tentang keluarga
rancangan masa depan
anak dia tengah interview mesti jeles tengok kami

jangan langkah kanan, tapi buang sijil di luar bilik

berat tangan memikul fail sijil-sijil
bawa masuk dalam bilik pun tak
kalau letak gambar artis-artis berkemban pun tak kantoi
cis

majulah sukan untuk MARA

sampai habis interview, aku berdiri
lebih jelas aku posing style pemain hoki
mudah saja tonggekkan pinggul, dan letak tangan di meja
aku dah training untuk interbiu sejak dari kecil


membaca interview jambatan ilmu spagetthi

satu benda yang kreatif
aku tak pernah main benda ni masa zaman kanak-kanak dulu
boleh cadangkan pada institut tadika

apabila memuji orang lain bisik pelan-pelan,
tapi puji diri sendiri jeritlah lantang-lantang

satu soalan saja untuk interbiu,
gunakannya sebaik mungkin,
jangan bagi peluang orang lain kerek,
kita mesti lebih kerek dari setiap sudut

tinggi langit, lagi tinggi yang Maha Kuasa

bersyukurlah dengan segala yang dah dilakukan
mungkin hari ini, aku seronok berteriak
tapi kejayaan bukan kita yang setkan
so doa mestilah diteruskan

jangan jadi kerek macam dia ni
gua pelik apahal korang tak anggap gua sampah?
dan jangan terlalu mengharap
teruknya kanak-kanak aku main




















Friday, April 22, 2011

sebab apa aku tak layak jadi doktor?

aku pergi kedai photostat hujan-hujan
lepas tu nampak awek blonde, pakai baju ketat warna pinky
kat tepi rumah besar + anjing bulldog di dalam
dia nangis, aku pergi tolong
muka dahlah hot,
kalau tangkap gambar dengan kamera kecik then bulatkan mata besar-besar,
tidak kurang posing melekat tepi cermin kereta,
perghh mesti comel kan
 standard awek remaja malaysia

 ok tipu
 tu dalam drama jer
seriously


apek kedai tu sembang dengan aku
kejutan gila
yang aku tahu dia jarang cakap
mungkin dia sibuk dengan singlet putih beliau sebelum ni
standard apek malaysia la


 dia tanya aku
"you photostat banyak-banyak ni, buat apa?"

aku jawab
"interviews for MARA scholarsip, dorang mahu baca"

aku ulang banyak kali, sebab dia tak paham bm
tak terasa bodoh ke aku nak speaking cina time hujan-hujan

dia cakap
"oh, MARA, itu macam JPA ka, 
wah bagus-bagus, aiya mana u punya surat bersunat?"

ni aku mental down ni
ok, apek, lawak anda standard maharaja lawak amir tu
kepala masuk air betul
nak jer aku cakap, pi tiup vuuzwela sorang-sorang la,siot

aku tak suka diskriminasi sapa-sapa
jadi aku jawab short,
"hmm, tak"

aku tinggalkan apek tu, 
buat belek-belek pensel warna
then suddenly teringat citer aku sunat dulu

faham tak sunat tu apa? kalau tak, 
 tinggalkan hobi like pages hantu kak limah kat fb tu,
pergi google images sunat
confirm senyum-senyum pandang lappy
salah satu gambar yang sopan
ok, pendek kata
aku sunat time standard 3,
time avril lavigne femes dulu tu

bapak aku tak pernah nak habaq awal2, 
hari kejadian, hari tu gak aku tau kena sunat

malam tu aku terus ready pergi klinik kecil bukit beruntung

mak aku pun tak sempat kata good luck

bab bentan semua aku tak study lagi

sehelai baju sepinggang saiz 22 saja


aku sunat malam-malam, unik tau
dalam perjalanan, aku tanya ayah aku pasal sunat tu sakit tak?
ayah aku jawab macam gigit semut je

dalam hati kata, memang tak kreatif
standard jawapan orang zaman 70-an je

jadi aku malas nak tanya panjang
baik aku gulp gulp gulp sorang-sorang, lagi menghiburkan


mak aku kata, kalau dah sunat,
ia macam kelahiran baru
wah, lagi hebat la dari barack obama takde sijil lahir
oi, aku orang afrika, anak drogba
masuk-masuk bilik doktor, berpeluh-peluh
macam peluh excited tengok chelsea kalah

 then baring
doktor pun pelik dengan reaksi aku,
dia tanya kat aku takut ke?

perghh aku yang tak suka mencarut, terus mencarut dalam hati
mestilah takut, cuba dia yang baring
even goerge bush kalau sunat pun, dia rendah diri
confirm

then aku bertambah pelik
tatkala doktor keluarkan benda macam meriam kecil
benda tu memang femes zaman tu,
macam femesnya lagu anak itik tokwi

mana main nak sunat atas rebung la,
pakai parang la,
ok itu nonsense

ayah aku cuba tenangkan aku
"nanti doktor pakaikan tu, tak berapa sakit"

alamak ai
pakai? 
aku guess tak sakit kot,
macam pakai stokin bola buat turun padang hari-hari kot

doktor readykan bius

saat dia letak bius, aku cuak gila
teus aku pengsan
mungkin aku tertidur
cerita lepas tu terus aku tak tau




kalau pandang, apa rasanya?
boleh tak ulang lagi sekali?





gua cristiano ronaldo pun tak sunat, nah check







Wednesday, April 20, 2011

patah tangan punya kes

*klik gambar kalau kurang jelas*

hari itu pergi berurut untuk pulihkan tangan patah ni
disebabkan office hour pak urut tu lepas maghrib
then, ayah aku buat keputusan pergi singgah surau dulu
habis-habis solat, aku sakit perut lak
mungkin terlebih makan kek batik buatan tangan sendiri kowt
jadi mestilah aku pergi tandas,
takkan mencirit kat laman surau tu, 
kesian la budak2 nak main rounders dan baling selipar nanti
aku memang kalau nak melepas, fokus hanya satu
kalau barack obama kutuk aku pun, aku tak kesah
dan after masuk rumah setan tu, 
aku terus lari anak-anak, tanda bom nak meletup

yeay, ada tandas cangkung!
tak perlulah aku cangkung atas mangkuk tandas
 
eleh, korang pun sama kan?


so, proses defecation pun start
 berdehem-dehem la aku
habis-habis, aku terus pandang flush tu
banyak conteng-conteng
siot je, tulis nombor tepon banyak-banyak
ingat aku ada kredit ke?

aku cuba tarik flush tu, tapi tak keluar air
siot lagi sekali, takde air 
macammana ni?
macammana ni?
takkan tak basuh, dosa tau
nanti berdiskolah setan dalam tandas
habis disko, setan buat anak setan, 
makin teruklah manusia dihasut


so aku memang malas nak fikir lebih 10 saat, aku terus mintak bantuan
then ada suara perempuan menyahut
mungkin puan cleaner

"ok, makcik bawakkan baldi ni"

wah, dia automatik faham
memang ada yang problem begitulah sebelum ni, fikirku

lepas ucap arigatou,
terus aku jirus laju-laju
bersih dan berkilat lagi tau

aku nak capai seluar, 
dan baru teringat aku tak cuci anggota badan tu lagi
bodoh kan?

tapi bila start nak cuci,
aku stand lama gila memandang tempat cangkung tu
tangan kiri aku patah
aduhh
problem

 cabaran seorang yang patah tangan
 dan seorang melayu

kalau aku cina, senang je la

then 10 minit aku pikir
dapat pun solution









memang 10 minit
ayah aku set jam




-jangan tanya macammana aku basuh-
*aku memang tak guna tangan kanan*







Sunday, April 17, 2011

gam tu tak cukup best ke?

lama aku renung screen komp tu... macam tonton sesuatu je...
haha


muka berkerut tu tandanya ada benda aku tak puas hati
bukan sebab aku jeles dengan usop wilcha tu
bukan


tapi biasalah manusia nak meng'emo'kan diri
nampak kecacatan atau keterukan, terus mencarut seribu satu,
mungkin lebih dari itu

macam siot je hobi dia

apa yang aku kata 'teruk' tu?

ini memang bodoh
sangat bodoh
sungguh bodoh
terlampau bodoh
amat bodoh
bodohnya

ceh, baru-baru ni aku baca suratkhabar
dan semestinya metro pilihan utama
aku pilih metro rather than kosmo sebab cuak,
manalah tau ter"capture" gambar sedang baca kosmo di tandas
dia label diri aku pembaca setia kosmo
nonsense

artikel tentang remaja hidu pen marker
gam tu tak cukup best ke?

aiya, itulah budak-budak zaman sekarang, 
pikir nak kreatif je
ingatkan nak femes hidu pen marker, 
aleh-aleh muka kena censored

mari check apa yang best?

first
harga dia murah,
lebih kurang harga tiket masuk kanak-kanak ke petrosains

second
senang dibawa ke mana-mana
orang tak syak, just simpan dalam poket
takkan orang nak tegur "apa dalam poket?"
malulah, takkan nak jawab ada dua balls

third
nama product
example: stabilo, faber castle
kan nama tu lebih sopan dan komersial
daripada NAIK,ADADIS..


hidu sampai lebam, tapi keburukan bukan nak pikir
kalau di sound, mulalah tunjuk kerek dan sarkastik

"emak ni tak rock la, sekarang moden!"

kepala hotak,
takkan kau nak tunggu emak kau jadi Hujan Band baru nak rock?

apa keburukan?

first
boleh jadi pergaduhan
diadaptasi dari cerpen "the pencil" yang korang belajar time form 1 tu
karya ali mahjong
yalah, bila da ada pen marker,
bajetla "aku punya panjang", "aku punya warna pink",
then manusia mesti nak lagi up, lagi berkuasa, lagi power,
adalah dialog "aku punya lebih panjang", "aku punya lebih pinky"
untuk decide, mereka pun gaduh
bodoh kan?

second
rosak kepala hotak
dalam pen marker tu ada alcohol
tak elok malah haram, tapi bila dah hidu
otak bangang pun mula berproses
hasilnya

third
mula ada kekeliruan pada jadual bertugas kelas
siapa nak bertugas ambik marker kalau ianya dah mengalami kepupusan
klik untuk tumbesaran
maka goyang kakilah si Husin tu, mentang-mentang ketua


fourth
cikgu akan baling benda yang lebih agresif pada si tidur
kalau baling pen marker/pemadam whiteboard, kompom tak dipulangkan
mungkin jenayah guru bunuh murid akan berlaku
sexynya cikgu baling pisau
fifth
vandalisme menggunakan darah lebih digemari
save dakwat pen marker
makin bernafsulah vampire
itu memang darah

kebaikan pula?

ok, maaf... tiada jawapan



nasihat?

pergi hidu bau durian lagi bagus



*jangan jadi seperti mereka*
-pesanan ringkas-




Monday, April 11, 2011

entri gajah bukan milik shinchan versi jawapan

terima kasih atas pelbagai cubaan menembak
tapi ramai tak kena sasaran

tapi ada pemenang, atas komennya di post dekat fb
aku ucapkan tahniah!!
bila-bila jumpa aku di tepi jalan, mintak saja aku belanja
kompom tak berkira
pekena air kosong kek cheese kat tempat kerja pun ok.. (1 slice)

jadi apakah jawapannya?
marilah lihat komen beliau
namanya syahida azman
so jawapannya:
1. bisik dan pegang telinga gajah

2. then cakap 
"baik kau lompat, nak kena picit tu lagi ke?"



maka gajah pun setuju untuk melompat
hang jebat muncul juara




p/s: sekarang tanganku patah, so update less humor,
and memang less untuk diupdatekan
pity for me!





*seposen masuk dalam mangkuk*

Wednesday, April 6, 2011

entri gajah bukan milik shinchan siri 2


tidak lama selepas perkahwinan hang tuah dan
puteri gunung ledang,

timbul satu musibah
puteri gunung ledang tak puas di ranjang,
perlukan lebih dari biasa

jadi satu pertandingan mengangkat gajah sekali lagi diadakan
kali ini save budget, tidak diuar-uarkan ke seluruh alam
sudah pasti, wira-wira Malaysia semua nak ambil port

pertandingan kali ini mendapat sambutan hangat
tua muda, lelaki perempuan, suami isteri,
pemain basketball, pemain violin, 
semua rela meredah gunung
demi puteri gunung ledang yang berahi
hang jebat yang sedang lepak tepi jalan, kacau gadis-gadis yang lalu
 dan makan ais krim vanilla choc
tiba-tiba posmen hon, dan hantar satu surat
click untuk besar

hang tuah telah menghantar tips cara-cara mengangkat gajah



namun tulisannya kali ini buruk,
hanya hang jebat saja paham

 hang jebat pun segera siapkan diri, berlari sambil tersenyum




jadi apakah cara-cara itu???
1. apa?
2. apa?





mari meneka,
siapa betul aku belanja...
drop jawapan di komen ya!

Monday, April 4, 2011

entri gajah bukan milik shinchan

ayah aku pernah bagi satu soalan teka teki
berbentuk cerita
tentang hang tuah dan gajah Siam

aku budak kecil ketika itu, yang aku tahu main o-som
pancitkan tayar basikal kawan
dan pertandingan lawan wrestling pemadam

dan pengetahuan logik aku memang jarang digunakan

maka ayah aku cuba menguji aku

ceritanya begini.....

tersebutlah kisah puteri gunung ledang ada bapak
dan bapaknya nak meninggal

maka dia beritahu pada sekalian alam untuk datang ke gunung ledang
bagi menghadiri satu pertandingan
ganjarannya puteri ledang dan mahkota kerajaan

tapi satu dunia terkejut babi beruk
ianya adalah pertandingan mengangkat gajah
comel kan??
maka sebab semua sangap dengan puteri ledang
walau sedamn mana pertandingan itu, mereka sanggup tempuhi
 
lagi-lagi time tu dia tengah top
angelina jolie pun kalah

kehadiran ke pertandingan cukup memberahikan memberangsangkan
ultraman, superman, hantu kak limah,
shin chan dan action kamennya pun datang
hang tuah sebagai wira tempatan
perlu mengharumkan nama negara, maka dia pun pergi

setelah 3000 orang mencuba, semua gagal
tiba giliran hang tuah

hang tuah tampak tidak bersedia,
dia tiada senjata di sisi, dan tidak pakai sebarang minyak penguat
even tongkat ali dan minyak lintah pun

hang tuah nampak tak confident
akhirnya hang tuah terpikir satu idea....

jadi soalan teka teki bagaimana hang tuah mengangkat gajah itu??
teka dulu baru scroll down





















 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
jawapannya
hang tuah menyelinap bawah gajah itu
click untuk zoom lebih besar
 
 
dia picit telur gajah,
maka melompatlah gajah tersebut seperti dumbo....


*ini teka-teki ayah aku, taktau mana cilok*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...