BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

followers

Saturday, June 18, 2011

bila aku dah bajet study hard

nak buat macammna?
esok isnin quiz
selasa quiz
minggu depan dah start penyeksaan test

maksudnya minggu ni struggle bukak screw otak yang dah karat tu
masukkan apa yang patut untuk test
nak ingat horikita maki pun time dreamland je lah
awak jangan ushar celah celah baju I tu. aww nakal la U ni
nak pergi hari sukan sekolah pun tak mampu
ingatkan bolehlah lumba dengan apisz
dan azan (kalau dia mampu pecut aku)

bila datang sekolah mesti ramai nak kerumun aku
bukan sebab hot
(untunglah kalau aku hot macam justin beiber)
hot kepala hotak beruk la, rumah sukan pun aku bagi hasil telur ayam


tapi budak2 junior mesti kerumun aku mintak hutang
siapa suruh aku pinjam barang buat harta sendiri terus
teruk kan perwatakan aku sebagai senior?
tak gentle langsung
 nasib baik korang bukan junior aku
kalau tak hari2 aku kopek kopak boxer meggi sedap korang

apa pun tak boleh

aku terpaksa lupakan dunia blogging sementara
bila dah sangap gila nanti, aku aktif macam cinabeng

buku je banyak, yang dilayan mp3 tu je





nota ringkas
 aku dapat tawaran study as a nurse kat segi college
damn
mesti sexy kan
aku lagi taff dari dia, maksudnya lagi sexy.. hehe

mesti fasha sendat dengki dengan aku

nota ringkas tambahan
budak perempuan uitm shah alam tak minat fasha sendat
kenapa yea?
 



Sunday, June 12, 2011

untunglah~~

aku selalu bajet baik/gentle
itu sangat betul, aku tak nafikannya
aku fikir kriteria gentle-gentel"gentle" tu paling wajib dimiliki seorang lelaki
tapi aku bukan maksudkan gentle yang auw auw tu
dan bukan gentle di ranjang...
ganas betul sampai bengkok-bengkok katil tu

tapi maksud aku gentle yang boleh buat teman kita bahagia bila bersama

macam-macam cara aku belajar untuk manage diri 
supaya jadi insan yang bersikap "gentle"

walaupun aku rasa mustahil,
sedangkan jumpa MCD pun rakus macam kucing ajak mengawan, 
ada hati nak jadi gentle,
macam nonsense je.

antara benda gentle yang aku rasa gempaklah kalau aku kuasai:

1. memasak 

2. menulis sajak

3. menyanyi lagu-lagu sayu untuk awek

4. pakaikan sweater sewaktu awek sejuk

5. bagi makcik mengandung dan geng-geng kurang upaya seat kat dalam bas dan keretapi

6. tidak kesah awek lentok kepala kat bahu masa drive walaupun ushar muka awek time tidur selekeh keluar air liur meleleh


7. menari dengan power ikut irama tarian wedding putera williams

8. tangkap gambar langit cerah atau sungai yang jernih, pastu hantar gambar melalui MMS kat awek


9. nampak sampah, tolong kutipkan (lelaki memang sukar buat begitu)
kalau jumpa dia ni, tolong kutip sekali buang dalam tong sampah paling shit


10. tak main-mainkan perasaan mamak mintak order


11. tolong angkatkan buku dan fail lecturer tanpa tunjuk baik depan awek-awek lalu lalang


12. ushar awek dengan sekali pandang (memang sukar)


13. tidak tengok blue dalam konteks sebagai hobi masa lapang


14. muka legend, hati cute


15. tidak menampar kucing yang cuba mintak makanan dari kita


16. tidak mencarut bila angry birds sendiri tak mampu musnahkan makhluk-makhluk hijau


17. bawa awek di sebelah kanan semasa berjalan berdua-duaan (maksiat-maksiat)


18. mempunyai chest yang besar dan gentle (aset penting lelaki)


19. ragging junior dengan slow slow.. jangan tunjuk kuat sangat dengan sepak terajang


20. tidak menconteng "i was here" dan menjual publisiti murah dengan meletak nombor telefon di tandas-tandas KTM
ini tandas ke neraka?
hmm cakap jer banyak nak jadi gentle lah, itulah, inilah
tapi apa pun tak boleh

untunglah yang ada gepren

nak buat camne?
muka tak siap,
duit tak cukup berkepok,
body tak macam the rock

cuci mata pandang couple makan abc kat seksyen 2 je lah yang mampu aku buat

mungkin bila aku praktiskan ke"gentle"lan aku,
mungkin ada yang nak berkepit

buat masa ni, awek artis jepun la peneman  hari-hari aku
untunglah muka lawa
nak buat camne kan?

untunglah mereka yang ada gepren


Friday, May 27, 2011

UITM di hatiku

perghh.. tajuk skema jer
sebab ini persediaan aku jadi skema
untuk makluman aku ialah pelajar UITM
style kan? ada liyana jasmay kat sini.
dan ianya di shah alam

perghh shah alam bai, 
bersepah tempat lepak makan malam-malam 
lagi-lagi kolej aku kat luar kampus
boleh tengok channel hbo 18 ke atas kat kedai mamak
takpun, tengok man utd menang bola dengan riaknya
dan boleh layan brotherjon john cena lambai-lambai tutup bukak muka
itulah cabaran yang bakal aku tempuh
nak lepak ke nak kena sepakk?

kawalan nafsu memang fail tahap F
aku pantang diajak, mesti nak join sekepala
universiti kat bandar, bodohla kalau tak meronggeng
lagi-lagi MARA bagi duit poket melimpah ruah

tapi tadi aku pikir,
bila tengok balik jadual belajar 
macam tefakk


setiap bulan ada exam and test
 tak campur quiz, study group dan bagai

tabung hulurkan simpati dan air mata memang disediakan untukku

anyway, baru ni aku dengar ucapan Dato Sahol, chancellor UITM secara live
air liur tempias semua kena aku

bila dengar cerita pengorbanan yang dia sampaikan
 dan harapannya pada anak bangsa,
aku kagum dan sigh sebentar

mungkin ada ruang untuk aku berjaya
walaupun risiko macam celaka aku terima
usaha, doa dan redha terhadap Ilahi jalan penyelesaiannya

belajar akan start isnin ni

aishh gatal je mulut nak mencarut







question and answer
UITM tu memang untuk budak melayu kah?
aku baru tahu siot

pesanan ringkas
duit MARA kasi banyak
ada awek mana-mana nak kepit ngan aku?
haha

mood
man u champion!

kagum sebentar
awek free hair buat cuci mata banyak giler






















-aku rasa semangat aku ni mula-mula jelah-
-masuk nex month, dah jadi gampang kot-





Monday, May 16, 2011

selepas satu jam 16 mei menutup tirainya

sebelum tulis lebih lebar, izinkan aku menggunakan gelaran "saya"
sebab ini post serius

tahu atau tidak 16 mei itu 
ialah satu tarikh patut dipangkah pada kalendar masing-masing?

oh jika tidak tahu,
 boleh mula start suruh anjing india depan rumah masing-masing lempang diri anda

 oh, artis cun melecun anda tahu yer?
gua ni makcik mr bean
 jadi apa ada dengan 16 mei?
Hari untuk diraikan lah
rasanya ini tak melanggar syarak kot, kalau yer bagitahu saya!
hari ini pergi ushar sambutan hari guru di sekolah rendah saya
macam innocent la pulak
 saya bukan volunteer datang ok, kena paksa lah juga

memang meriah

 persembahan adik perempuan saya main kompang
 sukaneka guru yang turut disertai ibu saya
 budak-budak bagi hadiah kat cikgu-cikgu mereka

memang meriah

dan turut saya perasan banyak tag-tag harga 
masih tak dibuang di hadiah-hadiah mereka
mungkin mahu tunjuk keberadaan mereka
atau memang style sengal sengal budak sekolah rendah bagi hadiah begitu

 ada pula awek kecik perempuan, saya ushar dari jauh 
terjatuh mug dia yang hendak diberi pada cikgu
 muncung berela-ela
 kesiannya

berbalik pada tujuan posting ini

sepanjang hari ini, saya teringat satu cikgu yang telah saya sakiti hatinya
cikgu bi sekolah menengah saya

ini semua berlaku atas gara-gara sikap saya yang teruk
biasalah budak-budak malas macam saya,
tidur sewaktu ketiadaan cikgu

cikgu bi tersebut, Cik Nurulhuda masuk kelas
semua budak-budak dah stand straight nak bagi salam
saya steady je mimpi fantasi lagi
lagi lagi baringkan kepala atas buku bio, memang syok lerr

then macam biasalah teman sepermainan saya, zuraifi 
mengejutkan diri saya yang di awang-awangan

 bangun bangun muka bertepek air liur
 saya periksa air liur tersebut, memang panjang dari biasa
 pandang kanan, awek-awek 5M semua pandang semacam
pandang kiri, abang-abang tough 5M semua muka tarik ketat
ok, saya sudah malu tahap dewa

"tak macho la beb" getus hati kecilku

dalam fikiran memang nak pergi tandas jer target
cuci-cuci muka dan rambut yang berserabai

lalu memang itu yang saya lakukan
saya bergerak meminta izin pada cikgu bi 
tapi masalah tiba

saya terlebih pantas meminta izin 
lagi-lagi tiada tanda isyarat BERHENTI untuk membantu
saya cover muka yang penuh dengan air liur itu dengan tangan kanan

saya cakap "toilet"
tapi mungkin tak kedengaran
sebab mulut sudah ditutup tapak tangan

memang dalam fikiran nak pantas je gerakan untuk ke tandas
sampai nak stop 5 saat depan teacher bi pun tak larat
macam lebuhraya rawang-sungai buloh dibuatnya

tapi serius saya minta izin

teacher pun tersentuhlah hatinya
yalah, saya dengan selamber yang yang nya keluar dengan sepantas kilat
bagi salam hormat pun idakk..

balik-balik kelas, tengok-tengok teacher dah tiada
member-member kelas kata teacher terus keluar lepas tindakan bodoh saya

saya pun terperanjat dot com la
apahal pulak salah aku?

mereka semua dok paksa saya pergi mintak maaf
lagi berapi lah diri ini pada ketika itu
apa salah aku?

lama gak lah mereka paksa saya

dipendekkan cerita

then bila fikir panjang, beliau tetap cikgu saya
saya merendahkan diri volunteer bersama kawan-kawan meminta maaf
bagi kek untuk teacher
 sebagai tanda meminta maaf

then semua selesai
tapi untuk hari itu sahajalah

 because masalahnya makin rumit pada saya

saya rasa macam sesuatu yang janggal bila berhubung dengan teacher
 saya rasa takut nak berbicara
saya rasa bersalah tahap maksimum
sebab tak minta maaf secara berseorangan

 rasa cuak di hati bila meminta maaf secara berseorangan
nanti terlebih emo dan ego


namun di sinilah saya coretkan
mungkin teacher tak baca, 
cuma jika ada siapa-siapa yang terjah dan nampak blog ni
bagitahulah beliau



nota ringkas:
dulu gua ada tulis surat cinta kat cikgu pendidikan seni sekolah rendah
minta maaf juga!!








































Thursday, May 12, 2011

tenaga batin lemah

*post tiada kaitan dengan tajuk*

tapi sejak akhir-akhir ini aku memang lemah
nak update blog, 
jari dan tangan nak kejang jer kerjanya

bukan sebab aku lakukan benda tak elok dalam tandas

bukan itu maksudku

  cuma 

 cuma

cuma

"semangat" aku hilang

faham tak aku jiwang jiwang ni?

aku memang lemah, 
patut dijadikan kawan squidward saja

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
baiklah
aku ada layan lah satu laman web ni
 
aku ingat islamic punya web, enter la kencang-kencang
bolehla aku tahu kisah-kisah para nabi sewaktu kecil
 
ok tipu

 
web tu lain
eleh, korang mesti tahu punya
benda alah cari muka korang sama dengan celebrity mana kat dunia ni


aku dah imaginekan muka aku bakal dikembarkan dengan cristiano ronaldo
yalah, 
dulu alex ferguson ada tersalah call nombor maxis aku
dia ingatkan aku cristiano ronaldo

percaya tak?
hikhik


tapi aku sekadar mengimaginekannya
kang tak pasal-pasal muka aku tersebar kat internet pakai bikini

terus jatuh reputasi fazura si akak silikon

jadi, aku try test guna gambar member-member sekolah aku

*gambar yang di censored tak patut ditonton,
anggap itu gambar rosnah mat arip yang sedang bogel, 
tak best kan?*

yang pelik tak pernah pulak diaorang ni dianggap kembar
tapi result menunjukkan muka mereka sebijik ben harper

memang ferguson boleh mula hantar scouting teams kat malaysia
untuk gantikan rafael dan fabio da silva,
"dik, bukan dulu gambar ni dah masuk post lepas ke?" kata rafael

dan mengejutkan BEN harper sebenar tidak bermuka BEN harper
mungkin gambar ini gambar BEN 10 kot

siapa ben harper sebenar, gampang?
habis tu, takkan yang main gitar power tu wher kot
mungkin bakat terpendam beliau


aku nampaknya sudah tak percaya
tapi tangan aku bertambah gedik untuk try gambar lain

aku cuba gambar cristiano ronaldo sebenar pula
adakah akan dipadankan dengan cristiano ronaldo di web itu?

tidak, 
malah ada ke patut disamakan dengan albert einstein?
cristiano ronaldo tu pandai ke?
pakai boxer ketat dan pakai gel rambut bijak la


tidak ketinggalan artis malaysia aku try test jugak
sebab aku tahu artis malaysia kompom tak tersenarai 
dalam celebrity terkenal dunia itu

kecuali maharaja lawak amir
mungkin dia tersenarai,
siapa tahu?

lihat wajah zlatan ibrahimovic, comel kan?

lisa surihani pelanduk dua serupa zlatan ibrahimovic
haha
bahaya ni pasangan lisa surihani nanti untuk berlakon ranjang
mana tahu ranjang punya ranjang
ada dua balls kat poket
menyesal kau bang woi
tengok tengok lisa surihani tengah main bola kat ac milan

dan last sekali konspirasi
selamber je gua hisap rokok

pemimpin AS sebenar ialah micheal owen?

patutla tak nak tunjuk gambar obama dibunuh
sibuk gaduh ngan chicarito untuk tempat first eleven man utd.
readyla barcelona woi, gua nak bantai






pesanan ringkas hans0
elakkan zihar


Tuesday, May 3, 2011

malaysia seks centre?

aku pelik aku pergi lepak kedai roti canai kat pekan serendah tu
semua mencarut terang-terangan
 ada pertandingan pencarut terhebat peringkat daerah hulu selangor ke?
 atau ada bisnes pelacuran kah di serendah?

tapi sini aku tak highlightskan carutan itu,
cuma yang merungsingkan dengan rakyat Malaysia sekarang, ialah ini

"kau tengok tak anwar ibrahim main ngan cina doll tu?"

"aah, aku pi usha kat papagomo.com"

parents aku takde, layan video blue la jap.. yeahh!!

 masalah 1
sudah ramai yang menonton video blue sesuka hati
tak kira umur, bangsa, taraf, dan tahap kebatilan

komen aku 1
kalau beginilah situasinya
malaysia dah tak payah block laman-laman web lucah yang otai
takde effect 
malah laman web lucah bakal dibuat sendiri oleh rakyat malaysia
mungkin ada laman web seperti ini
1. gersang.com
2. nafsu kuda.com
3.  redtube merah tiup.com

masalah 2
yang tua semakin menjadi-jadi, tak sedar diri
turut serta layan video tersebut
aku perasan rating orang tua menonton video blue tersebut 
lebih kerap berbanding remaja buat bulan ni
buktinya,
remaja kurang layan politik

komen aku 2
memang aku setuju,
semua pangkat "mak cik" dan "pak cik" yang layan
"atuk" dan "nenek" tak terkecuali
sedar-sedarlah, bila lagi nak bertaubat?
tambah dosa tu syok sangat ke?
nasihat aku, pergi order gigi palsu lagi bagus
gua laki takde menopause, boleh layan lagi
 masalah 3
 rakyat semakin berpecah belah
mana ahli politik yang sepatutnya jaga kebajikan rakyat?
  
komen aku 3
jawab ahli politik semua pakatan dan barisan
 "rilek dulu, kami tengah layan video blue ni"

sudah nampak kan puncanya?

masing-masing nak komen pasal video blue
 macam video blue tu satu tanggungjawab
 padahal tanggungjawab banyak, 
nak selit fail kat celah ketiak pun susah

Malaysia bukan sehebat Jepun atau Singapura lagi 
rasanya Malaysia belum capai negara maju
takkan lupa kot wawasan 2020?
atau nak hantar guru sejarah tingkatan 5 ajar mereka semula?
nonsense

masalah 4
malas nak tulis, banyak sangat masalah
aku tak suka sembang politik
-------------------------------------------------------------
komen rambang dari hans0

aku tak sokong mana-mana parti

cuma antara benda pelik aku perasan la dari pembacaan

1. kenapa eskay tak report jabatan agama islam kalau dia dah tahu dari awal?
bukan kah lebih senang?

2. rambut si pembuat seks nampak lebih pendek dari anwar ibrahim

3. anwar tak perlu takut dan terlalu berang kepada media jika tak bersalah

4. perangai mereka macam zaman persekolahan aku dulu
main sumpah-sumpah
memang senang dapat kepercayaan
gua bukan pakwe peah
5. makcik-makcik lebih gemar sekarang lepak kedai roti canai dari buat mesyuarat tingkap
rokok kedai roti canai murah

6. paling pelik, tak perasankah muka eskay dan anwar ibrahim hampir sama?
macam kembar pulak
gambar rembat dari blog

alex ferguson pasti berminat nak sign contract mereka 
ganti rafael dan fabio da silva
"habislah tempat kita, bang, dengar citer eskay dan anwar ganti posisi kita" kata fabio

yang penting
selesaikan kes ni segera
mulakan fikir pembangunan
tingkatkan prestasi negara
kurangkan kontroversi politik













-terbaiklah semangat patriotisme-

Saturday, April 30, 2011

makcik jual karipap

aku memang jarang keluar bersama family
jadi untuk mengelakkan aku dari lupa akan istilah "family",
adik-adik aku ajak pi jalan

mungkin fikir mereka begini
"abang hans0 banyak duet, dapat kikis beliau, bez ni"

damn, duit aku bergantung kat plkn punya mani money je

aku pun pergi
sampai-sampai sana aku jumpa tin besar
aku google sardin, awek-awek bikini yang keluar



banyak gila sardin
kat pwtc tu,
suruh acik indon kantin masak cili api, sedap ni
ni dia sardin-sardin
hari ni paling pack
semua off
ayah-mak orang, pelajar sekolah, tukang kebun UIAM
makcik jual karipap
semua pakat datang sini
meh cari tekung kebun itu

jadi geng anak bahari ni pi cari port yang tak ramai orang
bukan tandas maksiat yer
kami pi usha majalah kegemaran aku masa kecik-kecik

brotherjon GILA-GILA sedang khusyuk melukis wajah makcik jual karipap
sedang kami berjalan,
terdengar announcement

"perhatian kepada aminah(bukan nama sebenar),
dari smk batang kali sila ke kaunter information"

aku dah agak mesti ini akan berlaku
ini hal serius,
aminah tu mungkin center terbaik basketball smk batang kali,
dia masih diperlukan
jadi aku dan adik-adik lagak macam geng bas sekolah
mulakan investigation

kami pun jumpa
*klik untuk lebih jelas*
aminah dan markonah
lihat tu, sempat lagi layan just stong bibir
siap sembang-sembang pasal body beliau
tahulah beliau takde bulu dada
pengaruh, pengaruh, pengaruh

aku dah tahu lama mamat ni, dari skool rendah ada cerita pasal dia
betul, aku tak tipu
cikgu english aku cerita ni
tak caye, watch this video
perasan tak makcik jual karipap dalam video?

then pergilah layan sepam dua buku-buku kat gempak starz
dan belanja adik-adik aku
oh yea, dan aku ada jumpa cacana dan adik wher
adik-adik aku macam tangkap gambar kelas, formal
abang hans0 baik, dia belanja saya

aku balik-balik, terus pening
nak nyanyi lagu avril lavigne depan komputer pun tak larat
apatah lagi nak baca metro, tebal wo



esok sapa nak pergi, kalau jumpa makcik jual karipap, kirim salam yea

aku yakin esok geng perompak semalaysia giat berpeluh di sana
hati-hatilah kamu semua









-agak-agak adik aku mencarut x bila diaorang penat macam aku?-
aku awek hans0









Tuesday, April 26, 2011

falsampah sekitar interbiu untuk ditenungkan

 bukanlah Melayu jika awal di dunia

aku rasa dah langgar konsep tersebut tadi
pergi datang awal-awal,
bajet punctual lah,

ikut resam datuk-datuk bila nak jadi perasmi lebih bagus,
jadilah yang paling lewat, nescaya beribu tapak tangan menepuk

menyesal jugalah, anggerik mall tu bukan ada apa
last2 tercegat macam pakcik guard jaga bank yang penakut tu
daripada dengar lu kutuk-kutuk gua, baik gua curi tulang
orang gila yang kacau orang lebih baik
daripada orang tak gila yang suka kacau orang

nampak kan betapa aku tak gila
aku malas nak cakap banyak, nak kacau orang
mata dah stock gary sisiput sepambob
melilau ushar awek2 sbp
tapi aku tahu mereka semua ada k-pop di hati
mesti tak cukup gay muka aku ni

 jangan gelar diri kau remaja kalau tak sangap baca sms

 perghh baca dalam tandas
 buat tubuh badan-badan meronta macam lembu mengawan
 keluar tandas terus muka berseri-seri, kalah alex ferguson
gua rindulah nak tidur sekatil dengan u, ronaldo

mesej pagi tadi aku dapat dari si pemberi semangat
" gambeteh baka hanz=)"

takpe, nanti kita belajar cakap jepun lagi ye


untunglah muka nak dekat-dekat jambu

ada awek usik-usik aku
sembang dengan aku lama gila tadi
untuk pengetahuan umur dia 40 lebih
rancak kami sembang tentang keluarga
rancangan masa depan
anak dia tengah interview mesti jeles tengok kami

jangan langkah kanan, tapi buang sijil di luar bilik

berat tangan memikul fail sijil-sijil
bawa masuk dalam bilik pun tak
kalau letak gambar artis-artis berkemban pun tak kantoi
cis

majulah sukan untuk MARA

sampai habis interview, aku berdiri
lebih jelas aku posing style pemain hoki
mudah saja tonggekkan pinggul, dan letak tangan di meja
aku dah training untuk interbiu sejak dari kecil


membaca interview jambatan ilmu spagetthi

satu benda yang kreatif
aku tak pernah main benda ni masa zaman kanak-kanak dulu
boleh cadangkan pada institut tadika

apabila memuji orang lain bisik pelan-pelan,
tapi puji diri sendiri jeritlah lantang-lantang

satu soalan saja untuk interbiu,
gunakannya sebaik mungkin,
jangan bagi peluang orang lain kerek,
kita mesti lebih kerek dari setiap sudut

tinggi langit, lagi tinggi yang Maha Kuasa

bersyukurlah dengan segala yang dah dilakukan
mungkin hari ini, aku seronok berteriak
tapi kejayaan bukan kita yang setkan
so doa mestilah diteruskan

jangan jadi kerek macam dia ni
gua pelik apahal korang tak anggap gua sampah?
dan jangan terlalu mengharap
teruknya kanak-kanak aku main




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...