BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

followers

Saturday, September 18, 2010

tahi.....

haha
dh lame xpost blog....
sebab aku agak sibuk..... sibuk ngn dunia remaja aku...
raye baru ney dpt byk duit....
tapi xbyk gambar.. segan xd sideburns... (betul k eja cam2?)
ney j gambar yg ade..... tengok bawah!!

haha... banyknye manik2... biase r 2 perempuan....
tapi 2 xjahit sendiri r....kalo x lebey bnyk mase ak dibuang untuk melihatnya
sori lari tema....
sebenarnya aku nak cakap pasal things to do aku....
macam2 xbuat lagi....  kadang2 bengang dengan diri ney... dan marah juga....
rasa nak cmpak tahi kat kucing jiran... hodoh giler muke dye... mungkin anak luar nikah...
okeh... ney r things to do aku.... sebenarnya banyak lagi... tapi disebabkan alzheimer...


tekan untuk zoom.... gambar diambil dari dalam loker coklat....
esok nak balik dah... tapi pelbaagai nak wat...
betul...
confident... tetap dengan pendirian...
siap ko kucing... ak datang...

p/s: makluman, name kucing dirahsiakan

Thursday, September 9, 2010

jangan pandang atas!! scroll ke bawah

aku tengok tv... tv tengok aku... dan aku bosan...
cte senario xbest... lawak sengal.... buang karen...
sudah2... bersabar...
ok... ringkas..
selamat hari raya... dan mintak maap walaupun aku xsuke benda itu...
dan nikmati ini... khusyuk taw.... dapat berkat...


wah, tengok itu.... sedarlah wahai kamu yang membaca...
dia akan kembali....
dan mungkin dia sedang makan ketupat cicah rendang tok dengan nenek sedara kamu...

aku harap dia buta huruf... (selamatlah blog aku)

Wednesday, September 8, 2010

things to do!!


Jam 4.30, jadi aku tidur… England menang, aku xrase ape2…
waktu sahur, mak aku kejutkan aku.
Aku buka mata tengok2 aku tertidur atas meja makan.
Padahal aku tak ingat pun berjalan pergi ke meja makan.

Setiap kali waktu sahur, bila bangun, mesti rasa lalok.
Rasa nak marah je. Sesiapa yang kejutkan aku memang bernasib malang.
Tadi pun, adik aku kejutkan aku.
Rasa macam nak baling kasut je kat dia.
Nasib baik aku tidur tak pakai kasut.

Selepas beberapa minit melaksanakan sunat puasa (betul k?), aku mendapati bahawa diri aku bosan. Jadi aku baring di atas katil sambil mendengar lagu2 kebahagiaan dalam perpisahan… (pinjam mp3 akak dulu)

Selepas beberapa minit, aku terlena seperti orang yang pening kepala makan lemang dengan nasi lemak. Aku tidur dan tidur dan tidur.

Sebelum 2 aku tulis notis di muka pintu… kejut saya pada 12 tengahari.
Teruknya… sebelum tidur, aku lihat “things to do” aku… dan aku rasa malas….
Banyak lagi benda nak kena buat…  jadi aku tido….

Bangun…. Alhamdulillah… aku rasa malas untuk ucapkan selamat pagi…
Aku terus melangkah ke cermin… aktiviti harian… wah rambut da potong…
Dan xde signburns… hari ney xlarat untuk memuji diri...
Hey kejap…. Aku terkejut… terkesima kata laennya…
Hidung darah….

Bleeding…
Dan pening….
Aku berlakon jadi genji k tadi??
Adakah aku perempuan??
Cadar penuh darah…. Aku jerit…. Adik aku datang melihat…. Lalu berkata

Adik : penyakit datang balik k??

Nasib bai dia xtambah perkataan bulan di tengah-tengah datang dan balik…
Aku cemas… lalu aku menghalau adik aku….
Ko pergi aku nak bukak baju.. (terus terangnya)
Lalu aku mandi…. Hari ney baldi penuh…. Aku lumurkan segala-galanya dan selesai… tetap 15 minit…

Aku kembali ke bilik… aku melihat katil…
Katil 2 seakan-akan berkata kepadaku…
Katil yang bersuara : mari tidur, aku sediakan mimpi menarik untuk kau…

Aku tanggalkan cadar… dan kembali ke tempat asal aku..
Aku habiskan siang begitu sahaja…dan useless...
aku minta maaf, ibu...

Nota tambahan : kelihatan “things to do” aku masih bersih… tiada tanda sudah…


Tuesday, September 7, 2010

cerita yang agak panjang... hurh!!

Wah, lagi 2 hari je nak enjoy!!
Semalam aku menghadapi kesukaran untuk tidur walaupun aku sangat mengantuk.

Aku rasa aku terlelap pun dalam pukul 4 pagi tadi.

Mungkin.

Mungkin juga pukul 3.47... Aku tak pasti. Aku tak tengok jam.

Sekarang, aku baru bangun dari lena. Tak mimpi…

Aku bangun dan terus terjaga…. Mestilah…

Adik aq umur kurang 3 tahun daripada cucu jiran sebelah….

Tapi dia yang kejutkan aku hari2… aku jadi kagum dengannya… mungkin terlebih asuh..

Hari ni aku mulakan dengan senyum… wah macam bertuah saja….

Aku bangun dan ucapkan selamat pagi dengan sekuat hati… itu perkara biasa…

Ya Allah malunya aku…. Kawan datang- izwan bersama emaknya…

Dia minta modul chemist dan pergi… xsempat minum…. Bulan pose la katakan…

Aku belum mandi dan harus kelihatan ok.

Aku panik.

Baldi dalam bilik air memang ada air, tapi cukup untuk satu setengah cebuk sahaja isipadunya.

Tiada pilihan. Keluaraga aku ney suka mandi aku fikir…

Selepas 15 saat, aku cuci semua tu dengan satu kali jirus sahaja. Memang menyayat hati, aku tahu.

Aku lihat di celah-celah pintu bilik mandi… yah, tepat jangkaan…

Emak aku sedang menunggu aku…. Mungkin beliau hendak bagi ciuman…

Ya Allah aku cakap dalam bilik mandi itu… kenapalah pemikiran aku begitu…

Lalu aku keluar…. Dan terus dipanggil….

Ibu : abang oi, carikan daun kari…. Ibu nak masak dalca…
Aku : Baik, ibu… (wah solehnya)

Aku terus bersiap… sambil bersiap, aku fikir mampukah aku mencari daun itu??

Dulu aku pernah cari tapi…

Aku selalu lupa tentang masa lalu… mungkin kurang makan kismis ustaz ismail..

Jadi aku senaraikan dalam otak langkah-langkah mencari daun kari 2…

1. pastikan hidung xtersumbat…. Gagal..

2. pengetahuan cukup… gagal.

3. Tanya adik… malu… dan gagal…

4. Tanya jiran sebelah… buat apa?? Gagal…

5. cari guna buku enkslopedia… tiada di rumah… gagal??

6. google… yah, aku suka!!

Terus aku melabuhkan bontot di kerusi computer…

Google image search……. Loading…..

Aku bengang… jahanam… cuba lihat bawah…





Aku marah betul…. Wey, aku tengah puasa r…

x…. dye xsalah sebab makan…. Aku xkesah…

tapi dia permainkan aku…. Aku terus tekan butang zoom….

Right click dulu r…

Dye memang xmakan kari… tolonglah percaya aku….

Kenapa dia muncul di saat ini??

Aku terus lupakan tugas sebagai anak soleh aku….. aku diikat di computer…

Untuk meluahkan segalanya…. Lama juga….

Tiba-tiba dengar suara yang xsemerdu suara rossa yang sedang kudengar…

Rossa 2 memang comel…. Dan juga asmirandah…

Suara xsemerdu rossa : sudahlah 2 abang oi, adik kamu dah dapatkan daun kari 2….

Aku nampak adik aku….

Adik aku : hihi (gelak perempuan)

Aku terus kecewa….

Aku pasang lagu yakinlah aku menjemputmu nyanyian kangen band di computer aku…

Aku gagal….

Hampa…

Patutnya hari ini bahagia… tapi jadi durjana….

Aku benci budak itu…. Dan pinggan yang xberisi karinya…

Aku agak nama dia akim…

Sebab aku benci dia juga…

Adakah mak budak itu ingin lihat anaknya membesar menjadi mamak kedai kassim..

Atau jadi daun kari… lol!!

Monday, September 6, 2010

wah, aq dah maju!!


Haha… 1st entri aq sebagai seorang blogger….
Yah, betul…. Dah lama aq fikir..
Dan keyakinan aq dah terbina…
Betul… aq memang yakin…
mata aq bersinar-sinar…
Aq kaku…
Seketika….
Sedang berfikir….. dan tidak senyum….
Walau senyum itu sedekah….
Kenapa nak bersedekah waktu-waktu getir ney….
Masa berdepan pengetua pun xpnah serius…
Aku hanya gelak ketawa…
Mungkin aq fikir aq cool….
Mungkin dia (pengetua bernama En Zakaria) pun fikir benda sama…
Tapi ternyata dia tak…
Dia rotan aq…
Aq sedih sesedih Nur Kasih semasa ditinggalkan kekasihnya…
Masa itu aq baru berumur 9 tahun…
Jahat sangatkah aq….
Mungkin tidak…
Tapi mungkin cool….
Bukan itu aq nak cerita… lemahnya ingatan aku…
Macam diserang Alzhiemer pulak (baru baca buku bio tadi depan ibu-sebagai bukti)


Ok, hari ni pagi…


Sedang aq mendengar lagu seloka hari raya (apisz ad bagi kad raya yg ad lagu 2…)
Yah, mestilah lagu raya, sekarang bulan puasa…
Walaupun raya ney aq xsupport sangat…
Sebab Melayu suka lebih2…
Makan sampai gemuk… gemuk macam jiran depan rumah… nama dia sobri…
Sedang aku mendengar….
Lagu 2 lama… sebab aq ulang banyak kali… sebab nak nyanyi jerit2….
Tiba-tiba aku terjatuh…
Tadi aku baring….
Mata aku tepat focus kat bawah katil…. Aq xrabun… jadi mata ni clear je..
Tapi xtengok perempuan yang menjolok mata… dosa….
Ad sebuah buku…. Buku akak aq… buku karangan…. Wrna coklat…
Perasaan nak buka kuat…. Nak bandingkan diri ngan akak….
Dia cool atau x?? nape mesti cool… aduh!!
Oh kejap…. Lagu tadi dah xdengar… dah ada benda baru lagi best… although it’s brown
Yeahh muka surat lima- karangan tentang kepentingan blog….
Ak xbaca…. Aq terus tengok bawah sekali…. Mesti ad sign warna merah…
Betul sangkaan aq…. Ya Allah hebatnya akak aq…
Dye dapat markah penuh… aku lantas teruja…..


Muktamad…


Aq mesti wat blog…. Mesti!!


Apa agaknya yang akak aq tulis???


baiknya cikgu2 dahulu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...