Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
baru aku sedar, ini post pertama aku gunakan ucapan salam
tiba-tiba aku rasa gaban lebih tidak jahanam
bila membaca blognya yang penuh dengan pemula kata itu
ok habis!!
aku nak korek-korek coret-coret sikit tentang satu hari sebelum result SPM....
rabu releases result,
tapi isnin malam+pagi selasa+subuh selasa (aku solat), aku masih berfoya-foya
foya-foya dalam kamus hidup aku bermaksud keluar dari rumah
tanpa pengawasan ibu bapa dan handphone mereka
aku sanggup lupakan dan memang tak nak pikir pasal slip hitam putih itu...
aku keluar rumah mencari nikmat
nikmat yang baik-baik,
untuk release tension, peluh-peluh bertangkung di rumah,
dan release otak dari melayari laman web tak guna
jadi aku pilih ini.... SP AMPANG!!
jadi aku, wher, gaban, afdhil, dan apisz pergi klcc dulu
bukan untuk lawatan sbpisb...
tapi menziarahi kawan bulat kami, boy yang bekerja di ISETAN
feeling destinasi bajet terasa ke seluruh anggota badan
makan angin bersama kawan-kawan
hidup bujang memang thumbs up....
bermacam ehem ehem boleh dilakukan bersama
aku menanti siri seterusnya
balik pada kisah
we all teruskan perjalanan menuju kedai mesra petronas
untuk beli bekalan yang lupa dibekalkan ibu bapa masing-masing
aku sudah agak ini akan berlaku
bila apisz, gaban, wher, afdhil dan aku ada
semua sorokkan poket seluar, buat-buat tak tahu ada di kedai
penyelesaiannya: minta yang bekerja. terima kasih boyak.
kau boleh lihat situasi mereka memegang sesuatu selain duit
di sana, kami jumpa seorang minah ni...
dan seperti biasa, bila ada perempuan, siapa paling aktif??
teka teka...
kami selaku rakyat yang peramah dan berbudi dan berbody
melakukan sesi temu bual kosong bersama
Minah kedai mesra: korang semua nak pergi futsal yea??
Geng futsal: aah (seraya bersama)
Minah kedai mesra: owhh... ada yang bekerja tak?
Geng futsal: ada.. (sambil menuju ke arah boyak)
Minah kedai mesra: wah, kerja mana?
Boyak: KLCC
Minah kedai mesra: wah, bestnya.... yang lain ni tak kerja?
Geng futsal selain boyak: tak (sambil buat muka peserta plkn)
Minah kedai mesra: jadi ini semua menghabiskan duit mak bapak la yer??
Geng futsal: (tak mampu berkata apa-apa)
pedih juga terasa.... nak marah, tidak boleh.
memang benar apa yang dikatakan dan dicarutkan beliau
ha, lupakan saja la.... yang penting berfoya-foya..
kami pun bermain futsal
setelah menjadi penjaring terbanyak (mengiktiraf diri sendiri),
aku pun join mereka untuk minta belas kasihan tidur di rumah fadzli malek
dan seperti norma rakyat Malaysia,
setelah penat main bola singgah sebentar pekena roti canai
rumah dia besar macam istanadan bukan istana pasir. aku tak sempat tangkap gambar. tapi beginilah ia.
dan aku sempat ucap subhanallah...
kalau bawa adik-adik aku,
mereka pasti gembira main nyorok-nyorok
kalau bawa ibu bapa,
pasti mereka dengki dan segera call designer untuk renovation
malam tu, perkongsian terbuka
cerita kisah plkn dan cinta remaja,
segala perasaan diluahkan... aku sentiasa jadi pendengar setia
sampai 5.30 pagi baru tidur
makan-makan dan berpisah
semua kembali pulang dan kembali risau
terima kasih semua yang datang
aku gembira lo~~
*keningkening* ^^
6 komen...:
aku score banyak jugak lah weyh.siap volley dari tengah lagi.
-number 10-
meh lah datang shah alam plak.
tapi umah aku bukan istana lah nak bawak korang sume tido kat umah aku tuh.
hahaha
ayat `abihkan duet mak bapak` makan dalam sial :D
aduhh , hensem asl buat ayt menyedihkn . aku nak nangis ni haha .
harhar.... inilah rasa nak main lagi ni.... mesyuarat tarikh baru untuk gathering...
fadhil@anonymous: kau akan lagi sedih kalau jadi budak sekolah aku.. ^^
Tahniah kepada PHOTOGRAPHER!!!
woot! Woot! Wott!
Post a Comment