BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

followers

Friday, December 31, 2010

sayang semua followers!!

pernah kau fikirkan masuk-masuk hutan, kau nak jumpa puteri buluh ker??
jumpa litte red riding hood dan neneknya ker??
gaduh tumbuk dengan babun dan penembak burung ker??
tersesat bersama artis-artis korea dan jepun??

itu baru satu cerita pasal hutan... belum tempat lain lagi...
belum kem tegas mesra, selama, perak lagi... belum tempat2 maksiat lagi

jadi itu mungkin belum kau fikirkan... 2010 dah berakhir...
kau dah jadi lebih tua...
kalau kau berumur 3 tahun dan sedang baca blog aku,
pastikan kau sedar diri kau akan berumur 4 tahun next year
maaf, aku tak pasti umur sebenar kau...


jadi itu mungkin manusia bijak belum fikirkan...
rilek-rilek, der..
2011 mungkin jadi santapan angan-angan...
dan bakal bawa satu kemenangan...
jadi semua orang dah ready dengan benda baru, pemikiran baru, dan azam baru...

mark zuckernberg  dan tom anderson entah apa dia fikirkan
kawan-kawan enigma apa yang mereka rancangkan..
melodi tv3 entah apa gosip baru bakal dihebahkan..
emak-emak kita entah apa menu baru yang bakal disediakan...

apa azam hans0 tahun depan?? geli-geli....

2011 punya cerita nantilah... 2010 merajuk nanti...
2010 dah tamat.... dah tiada lagi 1 oktober 2010, 7 jun 2010, 31 disember 2010
cikgu-cikgu di sekolah selalu pesan
"owhh kamu bangun subuh lewat lagi.. berapa kali cikgu nak ingatkan,
masa itu emas, masa tak boleh diputarkan"

pakcik kat railway station pun pesan..
"esok datang awal, train subuh-subuh.. kalau tak terlepas..."

pendeta Arab pun pesan..
"masa ibarat pedang, ia boleh memotong"

pentingkan masa??... semua orang utamakan masa....
cuma kita as a human kurang gunakan akal cerdas untuk gunakan sebaik mungkin...
manusia mudah alpa,
terlalu mengharapkan doraemon, fadilah kamsah (come to me), siti sifir untuk datang membantu

apa best dengan 2010??
1. aku jadi ketua rumah walaupun kalah nombor 4
2. aku mula berblogging
3. aku kenal dengan lebih rapat rakan-rakan enigma
4. aku dah pandai drive, walaupun takat 20-40 km/h jer..
5. aku dapat 100 followers, sungguh mengharukan
6. aku dah pandai masak telur dengan sempurna..

2010 dah tiada kowt...
segalanya kenangan dan memori aku simpan dalam otak yea,
kau jangan sedih-sedih sangat....


perghh... macam five somes pulak.... kah3

okeh-okeh... pesanan hanz..
"jadi mari kita setkan tahun depan dengan elok....
masa dengan Tuhan juga jangan lupa yer... "


dan dan tak lupa....
"saya sayang kamu semua..., kamu support, saya happy.."



geli-geli....



Tuesday, December 28, 2010

telah ditag....

saya telah ditag oleh syahida azman 
trimas kau... aku suka dengar lagu di blog kau...

1.Adakah anda rasa anda HOT ?
perghh HOT? besarnya huruf..

hot??.... kau nilai sendiri... benda ini subjektif... 
 feeling sendiri, geli-gelilah...
2.Upload wallpaper yang anda guna sekarang ?
wallpaper di mana yea?? di I-phone?? ceh i-phone...
maaf, technically handphone aku antar kedai.. 
so 3310 xde wallpaper...

3.Cerita pasal gambar ini ?
tiada gambar tapi aku tolong uploadkan ini.. aku tak edit2...

4.Kali terakhir makan pizza ?
jamuan pengawas... perghh PENGAWAS... 
makanan Cikgu Sabihah hari-hari aku makan..

5.Lagu terakhir yang anda dengar ?
lagu ana raffali sama itu suhaimi meor hassan-kalau berpacaran...
nyanyi satu family-tapi bukan dalam  bentuk koirlah...

6.Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini ?
blogwalking... baca post gaban, shyrader, djuita, terbang tinggi-tinggi... 
dan geleng2 kepala sambil kata
"ishh, tak betul ni aku tulis, tak pasal-pasal kontroversi"

7.Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa ?
afiq dipanggil kat serendah... 
hanz dipanggil kat sbpisb.. 
hans0- kau panggil aku begitu di sini yea..
nasri bila kau tonton arsenal main..

8.Tag lagi 5 orang
aku mahu tag wher, tapi tak kesampaian..

9.Siapa orang no 1 dengan anda ?
perghh... ehem-ehem... dia kawan tengok bintang sama-sama..
kawan ketawa dan gelak bersama sambil makan tuna.. 
trimas gaban..  kami pernah kapel


10.Katakan sesuatu kepada no 5

" kau pemakan setia makanan ibu aku, aku rindu gelagat kau"

11.No 3 ada hubungan dengan siapa ?
perghh... hubungan luar atau dalam tabiie?? 
tapi yang pasti lukisan dia hot, semua perempuan boleh cair...



12.Bagaimana pula dengan no 2
budak gila-gila yang pandai, bakal menempuh spm.. 
dan kau memang dedikasi...

13.Kata - kata cinta kepada orang no 4 ?
pshhh... nanti pakwe dye marah....

14.Berikan 4fakta tentang orang yang kamu tag
gaban- hot blogger, penyair, komposer, mamat tuna

djuita- rajin, nakal, jiwang, komitmen

piji- pelukis, drummer, jiwang senyap-senyap, maggi

zahidah- pandai, suka senyum, tidur kuat, apa lagi 1 yea??

boyak- kr paling berjaya, teman belajar malam-malam, bekas ruggerz, ketawa

maaf djuita dan zahidah.. tiada gambar kamu..
bahaya curi-curi gambar.. ustaz ahmadi marah..

Monday, December 27, 2010

kecil tapi cute

kalau anda lihat tajuk di atas, jangan kau pikir aku begini...
                                    !
                                    !
                                    !
                                    !
                                   V









aku taklah kecil macamtu... cuma orang pernah kata aku begitu..
perghh luahan perasaan.. isk3...

bukanlah....

kau jangan sediakan tisu di samping kau... ini tak sedih....
kalau kreko boleh... ujang pun best gak...

aku lihat ada orang sembang-sembang kat facebook... lalu aku mencelahlah..
hobi Boyak yang berjangkit kat aku...
mereka- aatik dan izzi sembang-sembang pasal cokelat.....
dan aku tangkap sesuatu menarik iaitu kata-kata atik...
"small is cute"

apa kaitan cokelat dan kecil pun aku kurang pasti...

sekali lagi aku warning... jangan kau pikir aku seperti seven dwarfs yang atas...
aku besar lagi... tinggi maksud aku...
aku 164 cm ok.... tak macam sekolah rendah aku...

buktinya kalau aku pulang rumah, gadis-gadis di taman akan cakap...
"wah, afiq.. kau dah tinggilah.."

kau jangan confuse, afiq tu nama aku....
masa zaman lat tali tam plom, anak itik tok wi tu memanglah aku kecil...
tapi sekarang 
bukanlah... aku tak tinggi... sama tinggi dengan lisa surihani dan zack zukhairi kowt..

haha.... aku sebenarnya agak tertarik dengan post ini
kau baca dulu.... 

bagi aku tak perlu untuk rasa low self-esteem...
yakinlah diri... pasti kau rasa nikmat itu...
kau raslah seperti hero...

yang kecil-kecil kan selalu jadi hero...
luffy-san...
conan...
shin chan bila dia jadi superhero- cerita shinchan baru-baru ney...
paan bila dia selamatkan budak perempuan yang lemas...
lionel messi... 
hanif bila dia jadi ketua kelas... betul k??

haha kau juga boleh menggedik sendiri mengatakan kau comel...
kecik kan cute...
tapi pastikan tiada cermin di hadapan muka... takut tak jadi plan...

kau juga bolehlah kurangkan masalah yang kau buat pada segala orang...
duit boleh dikurangkan kreditnya... 
terutama dalam pengeluaran duit untuk pakaian, baju melayu, kasut-kasut converse
makan pun sikit... badan kan kecik...

kau kelihatan muda juga... 
bab-bab ini datuk-datuk dan datin-datin suka... bolehlah cari madu... harhar
yang penting, jadi diri sendiri... dan enjoy...
credit untuk si hazim sudin kerana menyumbang idea.. kau pun kecil juga..

aku badan kecik, tapi perut macam tongkang pecah...

maaf, aku tak cukur misai....

Sunday, December 26, 2010

tanah airku.. hoho

tahniahlah buat pasukan Harimau Malaya
dulu kita asyik mengharap Chong Wei, tapi kali ini mungkin dunia sudah terbalik...


3-0 dah cukup buat satu negara tersenyum girang, tertonggek, terlompat sana sini..
mat rempit entah berapa kali pacak dan wheeli...
mak cik-mak cik di dapur terus lupakan nasi ditanak untuk kenduri esok hari...
anak-anak kecil lupakan guli, beli bola sebiji...

budak-budak enigma mesti sorak sorai... terutama aatik, tapa dan asyiq...

satu fenomena baru bakal melanda...
hero-hero baru bakal jadi bualan..
kali ini Farid Kamil, P Ramlee, Remi Ishak semua kalah...
makin ramai lah yang ikut jejak Rita Rudaini...

gadis-gadis Malaysia mungkin dah tak mahu berdiri memasak..
masa mungkin lebih di padang...
jadi cheerleader, tukang laser, dan mungkin pakai but...

K. rajagobal dah tentulah tunggukan gelaran datuk.... kau tekan zoom...


mungkin ada filem baru mengisahkan Safee Sali...
siapa tahu??
kalau mamat khalid nak buat, siapa tahu??
parody drama buzzer beat...
kau bayangkan safee sali dengan sharifah amani berlakon.... haha

mungkin ada dialog-dialog ini dalam seharian...
" saya sukalah lihat timbangan bola awak, it make me strong"

apa-apa pun aku salute kamu, pemain-pemain Malaysia...

agak-agaklah hamzah ian dah tak suka lisa kot... safee sali lagi hot

Saturday, December 25, 2010

bila mr hans0nice berimaginasi tahap 2....

sejak demam yang aku masih tak dapat kenal pasti ini melanda...
perangai yang di luar perwatakan aku mula menyerang...
aku sudah mula bergiat cergas melakukan:

1. duduk gelap seorang diri, tutup kipas dan lampu.....
2. tidak makan nasi masakan Cikgu Sabihah... 
3. baca surat khabar bahagian hadapan...
4. tak terbeliak mata bila lihat almy nadia berlakon...
5. suka main google translate

aku risau aku sudah ditukarkan jadi seorang yang lain....
jadi aku mintak khidmat nasihat salah seorang follower aku, dociwani...

beliau kata:

" Haha.. kau pergi keluar bilik, bukak lampu dan kipas, cedok nasi, 
kalau kau xmakan nanti kau xboleh update blog.. hehe"

rasanya dia gelak begitu kowt....

jadi aku pun keluar dari selimut biru aku yang selalu aku buat alas kaki jer...
rasa horny... ghairah...
aku rasa WOW....  YOSHH... dan PERGHH....

owhh lupa satu lagi dalam list.... aku scroll atas ada 5 jer...
ini tambahan- 6. berimaginasi

kah3 pada episod yang lepas aku mixkan muka-muka artis Malaysia... ceh episod...
terima kasih pada komen-komen yang positif...

kali ini cuba kau bayangkan kalau kau ada ini:

1. mata cyclops yang boleh kau gunakan buat scan kuman , periksa benda-benda terlarang di airport, dah kau tak susah untuk tanggal dan lap cermin mata.. kau hanya perlu lap... hemo2

2. mata juga tapi conan punya... kau boleh lihat masa lalu, kengerian, peristiwa menarik, dan perkara-perkara mendatang dengan sekali pandang... logik?? kalau ada, xpayah pikirlah...

3. hidung zuraifi anak abu... kau meti terkejut... tapi kau mungkin lagi terkejut bila kau tahu dia dapat hidu makanan dengan pantas dan excellent... junior, better watch out!!

4. mulut maria tunku sabri... besar mulutnya tak usah dikhabarkan... indah mulut dari muka.... rasanya duit tak keluar, tapi perut kenyang suka hati.... antara angan-angan aku masuk program JJCM...

5. telinga pikachu... bolehlah kau kesan musuh mendatang... kau boleh siapkan diri dengan spray cili, mulut berbau ataupun boomerang untuk lawan penjenayah...

6. body v cristiano ronaldo... kajian menunjukkan fanatik bola suka ronaldo bukan sebab rupa, tapi pada badan turvenya... kalau kau ada, mesti leh disentuh-sentuh awek-awek pada poster kau...

7. perut kantung ajaib doraemon... yang ini tak payah ceritalah functionnya.. terlampau banyak... kau boleh buat bantal busuk, masuk stadium bukit jalil dengan percuma, dapatkan objek-objek pelik.. dan kau boleh pergi berlagak dengan giant...

8. tangan popeye dan luffy... mereka memang kuat... ancaman peluru dan meriam pun mereka settlekan dengan senyum jer... kalau setakat big show tu, popeye guna anak dia pun boleh...

9. kaki berharga johnny wilkinson... badan tak besar sangat, otak xguna pun, tapi kaki function.. satu sepakan musnahkan harapan berjuta rakyat Australia dan New Zealand.. patung untuk beliau pun sudah ada.. kita nak beli patung untuk awek pun buat pinjaman along... haha

10. rambut-rambut muka... itu sekadar hiasan....haha

aku rasa dah lama tak masuk pmp, habislah aku...

Thursday, December 23, 2010

percutian yang menarik..

aku sudah kaji diri aku ini....
dan dapat kenalpasti yang otak aku kurang aktif dan kreatif semasa ku demam...
aku dah lama tinggalkan blog ini bagai membuang bayi di longkang rumah jiran...
aku abaikan kerana aku pergi out station.. ceh out station...

jadi pada post ini aku ceritakan kisah kami ke penang...
destinasi percutian yang tidak dirancang....aku ke sana mencari sesuatu..
tambahkan pengalaman dan kenalpasti kehidupan di negeri orang..


inilah peserta-peserta tersebut.. tekanlah zoom untuk lebih jelas..

apa yang kami rancang hanyalah:
1-pergi penang...
2-transport ke sana...
3-cuba tangkap gambar bersama orang putih dan orang jepun...
kami telah lakukan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menghadirkan senyum di wajah...
aku yakin PM pun bangga sebab kami menyokong cuti-cuti Malaysia..
antara aktiviti yang kami berenam lakukan:

1. naik feri sama-sama
2. jungle-trekking... so exhausted

3. swimming di taman negara pulau pinang...

4. fishing trip.. championnya jorep..

5. banana boat....

6. makan pasembur... cekik darah punya.. 13 ringgit satu pinggan...
dan di sini 50 ringgit aku hilang
dan macam-macam lagi..

dan setiap kali kegembiraan pasti ada masalah juga...
kami telah sebulat suara setuju yang masalah utama ialah Si Hazim Sudin
muntah, tak larat bergerak, pening- mungkin ini kali pertama untuknya
pengajaran untuk kau...
walau bagaimanapun, kami semua happy.. meniti 4 hari bermakna dengan segarnya...
gelak tawa, usik-mengusik, hendap-menghendap.. kami inginkan sekali lagi..
tunggulah untuk destinasi bajet siri ke-dua

sorry if contains has nudity....

aku fikir post kali ini macam thumbler pulak..

Friday, December 17, 2010

bila mr hans0nice berimaginasi...

beautiful nara memang best, just now baru layan selepas berblogwalking..
aku tiba-tiba berimaginasi....
aku mula bayangkan muka-muka artis....
terutamanya wanita....
cerebrum otak aku terlebih aktif
lalu memixkan muka mereka....

rujukan:
mata kanan- juliana evans
mata kiri- fazura
hidung- scha
kening kanan- elly mazlein
kening kiri- elfira loy
bibir- si molek liyana jasmay
rambut- lisa surihani
leher- fasha sandha....
telinga- vanidah imran
kulit muka- hanis zalikha kowt!!! haha


aku minta maaf.... lukisan aku memang teruk..
aku nak buat bentuk muka nora danish...
tapi inilah jadi...
bentuk muka ni aku terjemahkannya sebagai milik nurse yang aku bengang pada post sebelum ni..

zass..... layan

Wednesday, December 15, 2010

3 percubaan

sedang aku menonton kitagawa keiko bermain biola..
dan buat muka comelnya...


dan aku pula senyum sendiri....
yalah memang aku sahaja in the house...
aku teringat akan to do list aku hari ini... "Ziarah klinik"
bukan Ziarah Hati nukilan si penjogging setia itu

Percubaan Pertama
naik basikal 2 km...
jumpa nurse...
Nurse yang agak xsexy tu kata "perkhidmatan kamu lagi 4 jam"
aku balas "boleh tempah nombor??"
nurse tu tergelak "ini bukan MCD or KFC, dik"
aku balas " haha" sekali sahaja.... dengan buat muka paling disgusting kepadanya...
dia pikir lawak ker?? xhumor langsung
itu laku dengan laki dia bolehlah...

Percubaan Kedua
sekali lagi 2km....
aku bawak tak laju... cuma 10 km/h


jumpa nurse lain... aku dah tawar hati sama nurse pagi tadi...
kali ni muda...
beliau kata dengan manja
" kamu terlambat, doktor baru habis periksa orang yang sama perkhidmatan dengan kamu, tapi boleh tunggu... kenalah sabar, 1 jam jer.."
agak kebengangan sambil melihat jam...lamanya...
aku akan miss benda-benda best dan yang boleh mendatangkan nikmat..
terbeliak aku

tapi sebab dia buat suara manja dan aku sebagai antikeganasan
rela aku tunggu....

sekali lagi aku kata sambil menjelik nurse lawak tak jadi " boleh ambil nombor??"

Percubaan Ketiga
kali ini berjaya
aku ambil keputusan setelah berdiskusi sementara dengan akal di otak..
untuk duduk di samping pakcik ...
harapan agar dapat berbicara, timba pengalaman...boleh dimuatkan di blog..

tapi harapan sekadar harapan... beliau bisu... aduss!!

aku lihat sekeliling...
depan dua gadis india...
belakang dua cewek india...
oopz... yang ini versi lawa dan putih... yang aku maksudkan sebaliknya...
mereka masing-masing bersembang dan mungkin bergosip tentang keburukan aku...
siapa tahu??
owhh rasanya tak perlu untuk tegur mereka,

Akhirnya giliran aku tiba untuk berjumpa doktor, dan nampaknya aku juga berjaya mengharungi masa menunggu tanpa termuntah.

Doktor India yang agak peramah ini pun mula memeriksa aku, mata disuluh, telinga diteropong, tekak di godek dengan kayu aiskrim, degup jantung dikira, tekanan darah diambil. India lagi!!

Akhirnya dia memberikan aku jawapan ini:

I tada tahu apa yang tada betul dengan you, you punya readings semuanya normal, badan pun ada kuat, muka pun ada hensem juga"

Itu jer point aku...

haha...

p/s blogger memang camni....

Monday, December 13, 2010

berfikiran positif sentiasa

layan gusti... korea movie... novel p/s i love you... download adam maya... bola...wah jiwangnya.... kata aku sendiri....
last2 jam xtgok, mata terhuyung-hayang... 
tidur aku congok depan tv...

bangun2 otak dah jammed.... skru berputar salah arah...
aku rasa hari ini kurang efisien, kurang energetic
dan mungkin hadapi pelbagai gosip dan kontroversi...

setelah selesaikan kewajipan sebagai orang yang baru bangun tidur...
mata aku kembali berpinar-pinar...
seakan-akan sedang membaca biologi...


Kebetulan pula aku memang sedikit letih, 
kerusi tempat aku duduk pun boleh tahan empuk,
aku silangkan kaki lalu memejamkan mata.

kerusi yang sama....

Nyenyak betul tidur aku, bila akhirnya aku mengangkat kepala rupa-rupanya 
aku telah dikejutkan dengan satu suara...
aku fikir kejap, sekarang siang....
setahu aku kalau suara hantu,
mengikut cerita-cerita fairytale yang pernah dibaca, dia datang time gelap je...

Otak aku tersangkut seketika, umpama komputer yang baru di'restart', 
maklumat visual yang disuap mata kepada otak tidak mampu diproses pada kelajuan optimum.
Apabila otak aku menjadi keliru, aku buat apa yang aku selalu buat, guna otak orang lain.
Terus aku bertanya dengan orang yang duduk bertentangan aku, adik pertama
"Siapa 2?"
"Posmen, bang.... jap, adik gi jumpe dia"

aku tengok dari dalam, adik aku ketawa besar... wah mesra ye....
ibu tahu, habislah kau...
lalu posmen 2 pown pergi.... dengan motor kriss merahnya...

adik aku masuk sambil terus berdekah-dekah 
seraya terus menjerit seperti kulakukan awal pagi tadi... 
"surat plkn!!"
semua keluar dari ceruk sambil buat muka riang nak ambil tahu... 

terkejut aku dibuatnya....

ok aku anggap ini sebagai satu pengalaman .... yang bakal menghadirkan kebahagiaan..
nikmat hidup banyak bertebaran... mungkin ini slah satu daripadanya..
aku baru discover benda-benda kecik yang membawa nikmat...

a) Minum nescafe/kopi/coklat/mocha panas seorang diri atau berdua dengan rakan/teman (lebih dari berdua tak diterima) ketika suhu di luar rendah dan hujan sedang renyai renyai.

b) Saat bila telinga boleh mendengar sayup sayup bunyi alarm clock berbunyi, tapi tangan secara automatik menarik selimut atas kepala dan mata terus memejam, juga secara automatik. Pendek kata, bila tahu sepatutnya perlu bangun, tapi tidur masih diteruskan dengan senyuman puas. Sungguh nikmat.


c) Detik apabila dapat capai goal/kehendak/impian, dan sebelum berkongsi berita dengan keluarga atau rakan. Atau dalam ertikata lain, saat ketika melompat, bersorak seorang diri dalam bilik, sambil berkata dengan muka yang ganas dan jari telunjuk menunjuk ke arah diri sendiri dalam cermin "
yes! yes! you (we) did it!"



Saturday, December 11, 2010

detik pengakhiran

"biar waktu dulu....
jadi penawar cerita kita....
yang kau dan aku tersenyum...
menghalang hitam menjadi kelabu...."

kalau tak tau... atas ney lirik lagu modread....
aku lontarkan vokal aku pagi tadi kat tandas.. tandas rumah makcik..
xtau malu betul....
mereka terdiam je dengar..
sedap ke x aku serahkan pada mereka...
harap2 mereka 2 bukan paul moss!!


bukan nyanyian aku jadi tanda tanya,
tapi lirik 2 membawa 1 cerita, 1 kenangan, dan mungkin 1 cinta....
cinta akan hidup remaja di sekolah bersama ahli-ahlinya...

spm sudah berlalu....
1 tahap kehidupan dilepasi...
agak2 macam gajah dapat lepaskan diri dari perangkap..
dengan bantuan tikus 2....
tikus = ahli-ahli sekolah

tapi apa yang pasti memori pasti terpahat
kat setiap corong dan lorong di sbpisb 2....
jangan pelik jika terlihat pelajar2, guru2
mahupun pekerja pembersihan
tersenyum keseorangan.....
menonton sisa-sisa pengakhiran geng2 form 5 2010....




tamatlah kisah hidup enigma mengabdikan diri di syurga ilmu....
kami dah selangkah menuju kejayaan dan mungkin menggapai impian...
impian xkan datang tanpa usaha berpanjangan...
langkah demi langkah pergi tinggalkan satu kisah...
harap2 langkah aku terkawal...
bukan ke dalam longkang.... mahupun loji kumbahan... 
tiada lagi gosip dan kontroversi...
di katil, tandas, mahupun sewaktu pmp....
kini aku dan mereka sudah bebas...
penuh gembira plus melompat tak ingat tanah...
ada yang nak jadi artis, ada nak gi melancong, ada yang nak belajar berkomunikasi
kejarlah matlamat.... itulah mereka yang berjawatan di sekolah harapkan...

aku pasti sekolah akan sunyi tanpa kami....
tanpa gelak tawa
tanpa derai air mata
tanpa senyuman manis di muka...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...